Kuliyyah Jummat: Malaysia Bukan Negara Islam
Setelah lama kita berpisah, seronok juga Dek Mak kerana dapat bersua kembali dengan para pembaca dengan satu lagi sessi Kuliyyah Jumaat.
Pada hari Selasa lepas dunia media telah menggegarkan kita dengan laporan Timbalan Perdana Menteri kita, Najib Abdul Razak telah neyatakan bahawa Malaysia adahlah sebuah negara Islam dan "Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi."
Kita kena ingat bahawa asas Islam dalam pentadbiran negara adalah hanya asas yang telah dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.
Sememangnya adalah hak UMNO jika mereka mahu mentadbir Malaysia dengan asas Islam cara mereka.
Tetapi ia bukan bermakna Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Malaysia hanya adalah sebuah negara dimana Islam adalah ugama rasminya dan ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (buat sementara ini...) yang mentadbir dengan asas Islam (dan Islam ini adalah Islam yang didakwahkan oleh UMNO bukan PAS).
Cuba kita merenung buat sekita dan katakanlah PAS telah berjaya memenangi Pilihanraya dengan dua pertiga majoriti.
Jika rakyat Malaysia telah memberi mandat kepada PAS untuk membentuk negara Islam sebegitu, maka Malaysia dalam senario ini boleh menjadi negara Islam secara mutlak atau menjadikan Malaysia sebuah negara theocratic.
Realiti bagi rakyat Malaysia sekarang adalah seperti berikut. Di dalam Perlembagaan kita:
Article 43(2) The Cabinet shall be appointed as follows, that is to say -Dengan itu, Perlembagaan kita masih lagi memperuntukkan peluang untuk sesiapa saja tanpa mengira kaum untuk menjadi Perdana Menteri, asalkan ia mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.
a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House;
Dan dengannya ada peluang tersebut, dan jika seorang kristian ataupun penganut agama buddha ataupun hindu menjadi perdana menteri kita, masihkah kita mempunyai hak untuk mengkelasifikasikan negara kita sebagai negara Islam?
Mungkin para pemimpin Barisan Nasional telah terlalu lama menerajui kerajaan sehingga lupa perbezaan di antara falsafah Negara Malaysia dengan falsafah pentadbiran Malaysia.
Sesungguhnya Barisan Nasional adalah hanya satu gabungan parti-parti politik.
Barisan Nasional bukan Malaysia!
No comments:
Post a Comment