Fear Factor - Tiada Lagi Subsidi; Mampukah Anda Mengharunginya?
Kepada umat Islam di seluruh dunia kami di SiPM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa!
Sesetengah orang ada kata minum air boleh membatalkan puasa, whiski takpa.
Sesetengah je yang kata, yang lain kata ia haram lagi boleh membawa banyak istighfar!
Begitulah agaknya pendapat penduduk Malaysia, selalunya ekstrim melulu.
Cuba kita lihat dengan harga barang-barang hari ini.
Harga-harga barangan keperluan dikawal seperti gula, ayam, susu pekat manis dan lain-lain menyebabkan harga barangan tersebut berada di paras tidak sebenar (artificial prices).
Pada yang masa yang sama, masyarakat Malaysia menpunyai paras penyakit kencing manis yang penyakit jantung yang membimbangkan.
Di SiPM, kami amat hairan mengapa pihak kerajaan harus memberi subsidi dengan mengawal harga makanan supaya rakyat Malaysia boleh membinasakan diri sendiri dengan penyakit 'middle-class'?
Baik kita jangan kawal harga gula, barulah rakyat akan sedar untuk makan gula dengan tidak berlebihan.
Rakyat mempunyai keperluan gula yang ekstrim, kerajaan BN memberi polisi untuk memuaskan pengundi dengan polisi ekstrim, SiPM pula memberi cadangan alternatif yang ekstrim.
Malaysia Boleh!
Baru-baru ini terdapat pula tanda-tanda bahawa kerajaan BN sudah mula sedar polisi ekstrim mengawal harga membebankan negara.
Contoh terbaru ialah kerajaan sedang mengkaji untuk memansuhkan subsidi diesel kerana khuatir harga minyak yang kian melambung, subsidi tersebut akan memakan peruntukan untuk pembangunan.
Jika SiPM diundi, bukan saja diesel malah subsidi petrol juga akan kami mansuhkan.
Tetapi jangan khuatir.
SiPM akan peka dengan kehendak rakyat supaya penarikan subsidi tersebut tidak akan membebankan mereka.
Rangka-rangka ekonomi terperinci akan kami umumkan sebelum pilihanraya.
Kalau itu adalah satu langkah yang yang berani oleh kerajaan BN, untuk memansuhkan subsidi, lain pula cerita harga ayam.
Pada mulanya kerajaan BN ingin meneruskan kempen pra-pilihanraya dengan bercita-cita untuk menurun harga kawalan untuk ayam dari RM6.70 sekilo ke RM5.60.
Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mendadak itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati Persatuan Dealer Ayam Perak.
Apabila cita-cita mat jenin Kerajaan BN untuk meneruskan kempen pra-pilihanraya itu tidak kesampaian apabila kementerian menarik balik keputusan tersebut.
Sudahlah jangan kita mengawal harga.
Jika pemborong dengan sengaja menyimpan stok supaya harga akan melambung tinggi, kita sudah ada peruntukan undang-undang untuk menghukum mereka.
Kita hanya perlu pastikan bahawa negara kita tercinta mempunyai barangan keperluan harian secukupmya pada bila-bila masa.
Barulah umat Islam di negara kita boleh membuka puasa macam jaguh!
Selamat Berbuka!
No comments:
Post a Comment