Friday, December 25, 2009

Kuliyyah Jumaat: Setinggi-tinggi Santa Claus terbang, akhirnya akan mendarat jua

Alhamdulillah. Memang lama betul kita tidak bersua. Apakan daya, seperti yang telah diutara oleh rakan saya Mat Merah, kami telah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja orang lain.

Tidak mengapa, kini kami kembali. Dan setelah beberapa bulan mendalami dengan lebih terperinci selok belok aktiviti-akitivi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional, kami sekarang boleh mengkritik dengan lebih berkesan. Bak pepatah Sun Tzu "Keep your friends close, and your enemies closer".

Oh ya. Selamat Hari Natal saya ucapkan kepada saudara saudari saya yang penganut Al-Masih.

Adakah tahun ini anda semua berkelakuan baik? Kalau tidak sudah tentu Ayah Krismas tidak akan memberi anda hadiah tahun ini.

Dengar khabar, Ayah Krismas telah menaiktarafkan kenderaan penghantaran hadiah dengan membeli 2 buah enjin F-5E.

Kalau enjin-enjin tersebut telah disedekahkan oleh kerajaan Malaysia untuk kebaikan dunia takpa juga.

Tetapi ternyata harapkan pagar pagar makan padi. Orang-orang yang bertanggungjawab haruslah dibawa kemeja pengadilan.

Dengan itu, saya ingin mengakhiri dengan seruan untuk kita berbuat baik-baik di Hari Natal ini, minum baik-baik, jangan membawa kereta apabila terlalu mabuk dan berkasih-kasihlah dengan orang yang tersayang.

Kami di SiPM cuma ingin berpesan setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dan jika tupai tersebut masuk dalam seluar, nayalah habis...

No comments: