Kuliyyah Jumaat: Menghalalkan salib
Hari ini tuan tuan dan puan puan, adalah satu hari dari hari yang mungkin paling bersejarah untuk negeri Sarawak.
Isu Al-Kitab dan hak penganut Kristian untuk mengamalkan agama mereka akan menjadi satu isu penting yang bermain di kepala-kepala pengundi negeri kenyalang itu.
Ini akan menjadi satu masalah kepada kerajaan Barisan Nasional kerana 50% pengundi di Sarawak adalah penganut agama Kristian.
Tapi yang lebih penting lagi, adalah hak pengundi di Sarawak untuk memilih siapa saja untuk menjadi ahli undangan negeri mereka.
Dengan itu, mungkin pangkahan salib di atas kertas undi pilihanraya esok adalah lebih berkuasa dari salib-salib gereja seantero dunia untuk mengubah nasib penduduk-penduduk Sarawak.
Sekaligus, SiPM ingin mengingatkan pengundi-pengundi esok bahawa pangkahan salib esok adalah halal - lebih-lebih lagi di sebelah nama calon SiPM.
No comments:
Post a Comment