Kulliyah Jumaat: Sex, Penipuan dan Video
Kita bertemu semula untuk satu lagi Kulliyyah Jumaat.
Hari ini adalah Hari AIDS sedunia dan masyarakat sedunia ingin memperhebatkan lagi jihad menentang kemaraan penyakit pembunuh ini.
Mereka telah mengenal pasti 5 gagasan bagaimana kita sebagai insan biasa boleh memikul tanggungjawab dan memainkan peranan yang berkesan untuk membendung peningkatan HIV.
Rakyat Malaysia amnya masih lagi jahil dan pada hemat saya ada cara lagi berkesan untuk mereka membendung peningkatan wabak AIDS di negara kita:
- Kepada yang sering (tak kisahlah kalau dah kahwin ke atau bujang) bertidur-tiduran dengan berbagai jenis manusia (dan haiwan), pakailah kondom, kalau tidak nanti anunya boleh jadi sakit.
- Kepada yang hisap dadah, tolonglah beli jarum sendiri. Kalau boleh beli dadah mesti boleh beli jarum sendirikan? Kalau ada member nak pinjam jarum, pinjamkan dia duit suruh beli jarum sendiri. Boleh bayar balik nanti dengan dadah pun ok.
- Yang ni bab paling penting: kalau dah kena HIV tu, jangan la pulak nak main share-share jarum, tutuh sana sini tak pakai kondom. Cakap kat suami/isteri yang you dah kena HIV. Nanti naya partner dan anak-anak tersayang nanti. Kerana jahil tentang bab ni lah yang menjadi sebab peningkatan ketara kes HIV/AIDS di Malaysia
Kita juga telah hari ini dipamerkan dengan bermacam-macam video yang selalunya tidak memberi gambaran yang sebenar. Video-video sengaja dipamerkan untuk mengapi-apikan lagi semangat kita.
Video yang saya maksudkan ialah video robohnya surau Kampung Berembang.
Saya ingin mengingatkan semua bahawa surau yang didirikan atas tanah milik orang lain tanpa kebenaran adalah haraam.
Mari kita renungkan fakta yang ada.
- Kampung Berembang adalah kampung setinggan - maka tanah tersebut bukan milik penduduk kampung tersebut
- MPAJ telah membuat satu penempatan alternative untuk penduduk Kg Berembang tapi masih belum siap
- Tetapi MPAJ telah mengarahkan penduduk untuk tinggal di Taman Muhibbah, Puchong, or Taman Wahyu, Jinjang buat sementara waktu sehingga rumah kos rendah di Kg Berembang di bangunkan dapat pampasan lagi RM1200. Sewa free.
- Dari 51 keluarga yang protes 45 keluarga menbangunkan rumah setinggan mereka secara haraam.
- Tuan tanah pun ada hak ke atas tanah
Jadi tamatlah Kulliyah Jumaat untuk hari ini dan untuk mengimbas kembali apa yang kita boleh belajar dari kedua-dua cerita Jumaat ini ialah 1) JANGAN LUPA PAKAI KONDOM dan 2) JANGAN TINGGAL DIRUMAH SETINGGAN.
Jumpa lagi minggu depan!
1 comment:
this is a gd blog ... keep it up
:-)
Post a Comment