Thursday, May 22, 2008

Kulliyah Malam Jumaat: Rogol dan Seks Bukanlah Kerana Warna Baju

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpendapat bahawa seragam sekolah untuk murid murid perempuan yang berwarna putih kelihatan jarang dan inilah sebabnya banyak kes-kes "pencabulan, penzinaan dan sebagainya".

Kenyataan yang dilaporkan oleh malaysiakini walaubagaimanapun tidak memberi perhatian kepada cadangan PKPIM untuk menukarkan warna seragam sekolah murid perempuan.

Sebagai Ketua Biro Dakwah SiPM, saya amat kecewa dengan sikap pandangan cetek PKPIM.

  1. Kes kes rogol atau pencabulan tidak ada kena mengena dengan warna baju atau reka bentuk pakaian wanita. Pencabulan terhadap wanita adalah kerana ketaksuban kaum lelaki untuk 'menakluk' kaum wanita, kerana ingin mempamerkan kuasa terhadap kaum wanita dan memaksa kaum wanita menuruti keinginan nafsu lelaki.
  2. Ini menunjukan bahawa kebanyakan lelaki yang mencabul wanita mempunyai pandangan psikologi yang membimbangkan terhadap kaum wanita!
  3. Di Arab Saudi, walaupun kaum wanita disana berselubung dalam hitam, mereka masih menghadapi masalah pencabulan terhadap wanita dan terpaksa membuka klinik klinik untuk membantu mangsa rogol.
  4. Kami menyokong segala tindakan mencegah pencabulan terhadap wanita tetapi PKPIM perlu menyemak semula sebab sebab kenapa berlakunya pencabulan terhadap kaum wanita.
  5. Tanggapan PKPIM yang menyatakan bahawa baju putih jarang tersebut adalah satu penyebabnya murid murid sekolah kita berzina atau membuat parti orgi adalah tidak tepat sekali. Di University of Texas di Austin telah membuat kajian "237 sebab mengapa kita bersenggama" dan kajian tersebut tidak mencatitkan sebarang kesan baju putih jarang terhadap keinginan untuk bersenggama. Mungkin baju putih jarang ialah terlalu spesifik untuk kajian tersebut, tetapi saya percaya walaupun murid murid perempuan memakai tudung, baju dalam dan uniform berwarna hitam, tetapi kalau dah nak bersenggama, bersenggamalah dia.
Dan saya juga percaya, selepas menonton video klip dibawah, statistik kes rogol dan zina tidak langsung akan meningkat. Cuma statistik gelak ketawa. ;)



Update: Kenyataan ini telah disampaikan oleh Cik Munirah Bahari, naib presiden hal ehwal wanita PKPIM. Beliau menulis di blognya yang bernama Tasneem.

11 comments:

bongkersz said...

saya amat bersetuju dengan rumusan saudara yang berikut:

"kalau dah nak bersenggama, bersenggamalah dia"

mengapa susah sangat mereka ini untuk faham??

Mat Merah said...

Ustad Ketua Biro Dakwah SiPM (M),

That' a good 50 cents worth of what we think of those who rather cover up than confront the reality that their brethren are nothing more than sex crazed idjits!

Wasn't there this recent case where a group of men in Saudi Arabia caught a couple and raped both of them - man and woman!

And the woman was jailed and whipped too despite being a victim.
As for the rapists, they received between five and seven years jail.

Its not that Islam is unfair, its the people who think up of the Islamic laws that are unfair.

Dek Mat said...

bongkersz: terima kasih di atas sokongan anda. mungkin disebabkan mutu pendidikan kita yang aib menyebabkan fikiran pelajar pelajar kita terus merosot. perubahan drastik terhadap sistem pendidikan kita harus diutamakan!

mat merah: yes you are right about those cases and especially about the people making unfair islamic laws. such are the ways of the narrow minded and driven by self or cultural excess bagages...

Chibster said...

We need to implement sex and gender education. Interested to help me lobby for it?

Phil said...

wah... very good explaination :)

rockysamsung said...

Aiyoh... If uniform is the problem, then Japan will have the highest rape cases lar...
Why not blame it on their teachings?

Nadia said...

"kalau dah nak bersenggama, bersenggamalah dia"

ROTFL

Awesome blog btw

Dek Mat said...

oc and nadia: thanks for the compliments! don't forget to vote for us! :)

emo+noluck: education does go a long way! and there is still a lot of work that we need to do in order jump start our education system in the right direction

Nadia said...

23 MEI 2008/ 17 JAMADILAWAL 1429 H

KENYATAAN BALAS ISU PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai’ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang. Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelakii Malaysia semua sebagai ‘mata keranjang’ akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang ‘seksi’ atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat.

PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya. Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imejj tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat , etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. pada pendapat saya tak ada masalah tentang warna putih baju kurung seragam sekolah untuk pelajar perempuan. bukan ke mereka diwajibkan memakai camisole a.k.a baju alas dalam. tak ada masalah.. lah

Dek Mat said...

betul tu Mrs Nazz.. memang tidak ada masalah, kadang-kadang kita sahaja cari pasalkan? ;)