Friday, December 22, 2006

Kulliyah Jumaat: Syurga dan Neraka di Tangan Tuhan

Syukur kepada yang Maha Kuasa kerana kita dapat bersua kembali dalam Kulliyah Jumaat minggu ini. Topik kita minggu ini adalah sambungan dari Kulliyah pertama mengenai Hal-Hal Murtad.

Baru baru ini negara kita dilanda perbahasan dan perbezaan pendapat mengenai hak seseorang berugama, terutamanya jika seseorang itu seorang Melayu dan ingin memurtadkan dirinya.

Ramai yang berpendapat bahawa murtad dari Islam adalah haraam dan hukum bunuh adalah wajib keatas seseorang murtad.

Tetapi apa yang saya hairan ialah Nabi Muhammad tidak pernah menghukum bunuh kepada sesiapa yang murtad.

Tetapi kita telah mempelajari bahawa pada masa itu ramai diantara golongan Yahudi yang keluar masuk Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih dengan menjual barangan mereka kepada saudara Islam dan apabila perniagaannya menurun kembalilah Yahudi itu ke pangkuan Torahnya.

Nabi Muhammad tidak pernah menghukum bunuh Yahudi tersebut.

Kita cuma ada hadith hadith yang meng-iakan hukum bunuh murtad tetapi nas hadith-hadith tersebut kerap diragui.

Tetapi ramai juga diantara kita akan menanyakan soalan cepu emas, "Tetapi hukum bunuh murtad telah dilaksanakan oleh Saydina Umar telah menghukum bunuh murtad manakala Saydina Abu Bakat telah memerangi kelompok-kelompok yang telah murtad beramai-ramai?"

Kepada mereka yang menanyakan soalan tersebut, saya ingin mengajak untuk merenungi kembali khutbah terakhir Nabi Muhammad, dimana dia telah meningatkan kita bahawa dengan peninggalannya Qu'ran and Sunnah dijadikan panduan supaya kita tidak tersesat.

Sunnah bukan hanya bermaksud hadith, tetapi juga tingkah laku dan contoh dari Nabi dalam menangani sesuatu masaalah.

Dalam khutbah tersebut, Nabi tidak pernah sesekali mengarahkan umatnya supaya mendengar membabi-buta arahan Khalifah Ar-Rasyiduun.

Kembali ke akhir zaman kita sekarang, ramai diantara kita ingin 'memperbetulkan' orang-orang yang murtad tetapi adakah kita sedar bahawa memaksa orang kembali ke pangkal jalan adalah sia-sia belaka?

Jika Lina Joy and Kamariah Ali dipaksa kembali ke Islam, ikhlaskah hati mereka?

Dengan memaksa mereka kita telah mempersendakan tiang paling utama Islam - untuk menyerahkan diri kepada yang Maha Kuasa.

Semalam mahkamah Syariah di Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk tidak memberi kebenaran kepada si suami untuk paksa-kenalpasti ugama isterinya. Hakim Zulfikri Yasoa berkata "hanya Jabatan Islam atau individu tersebut berhak memastikan sama ada mereka masih Muslim atau tidak."

Dengan itu, kita harus menerima hak individu Lina Joy dan Kamariah Ali untuk menyatakan bahawa mereka bukan lagi Muslim

Syurga dan Neraka adalah didalam tangan Tuhan jua, bukan didalam tangan manusia.

No comments: