Saturday, December 22, 2007

Kulliyah Sabtu (Terlepas Jumaat da...): Allah itu Tuhan

Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Tuhan Maha Besar! Dan untuk Tuhan Segala Pujian!

Tidak seperti tahun yang lepas, SiPM tidak berkorban apa-apa botol, mungkin kerana supply kami tersekat akibat banjir yang melanda Malaysia baru baru ini.

Tetapi tidak mengapa. Tahun ini kita ada ibadah korban yang sangat istimewa kerana hari ini Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah mengorbankan akhbar migguan Katolik Herald kerana mengikut Johari akhbar mingguan tersebut telah menggunakan perkataan "Allah" untuk Tuhan.

Johari apabila ditemuramah oleh malaysiakini berkata, “Hanya orang Muslim saja boleh pakai "Allah". Ia perkataan Arab. Kita tidak boleh kasi ugama lain pakai kerana ia akan mengelirukan orang ramai."

“Kita tak boleh benarkan perkataan "Allah" ini dipakai oleh satu penerbitan bukan Islam, kecuali untuk orang Islam sahaja. Apabila perkatan "Allah" itu dipakai oleh orang Kaotlik, ini salah"

Tetapi apabila kita meng-google-kan topik ini, kita mendapat tahu bahawa perkataan "Allah" itu telah dipakai oleh orang Arab Kristian 500 tahun sebelum adanya Islam.

Johari... Johari, kalau dia jadi menteri di negeri timur tengah, habis orang arab kristian merusuh! Naya kita!

Agaknya apabila sesetengah ahli politik membaca atau mendengar benda yang pelik, mungkin ini yang dibayangkan mereka! ;)

2 comments:

Nadia said...

I love your kuliah jumaat series. Why dont u organize them proper for easy access?

n im quite surprised u didnt recieve any nasty comments accusing u of blasphemy

Dek Mat said...

Nadia, thanks again for supporting us and also for your feedback!

I will definitely have a special link for the Kuliyyah series - brilliant idea.

And about the nasty comments... well we don't really want those but we try to get people to come and engage us.

most of the times we get banned or they won't allow us to post in their comments.

oh well. we do what we must do :)