Tuesday, June 26, 2007

Kalau Tak Cukup Tawar Jangan Telan...

Semalam hati saya tercuit membaca laporan The New Straits Times bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal ingin mencuba untuk mengawal harga air kosong yang dijual di serata restoran atau kedai minum di Malaysia.

Hujahnya, air kosong tidak patut dijual pada harga lebih dari lima sen kerana pengusaha kedai-kedai hanya perlu berbelanja 80 sen untuk 3.8 liter air.

Hai... takkan sampai harga air pun nak kawal.

Pengguna pulak takkan takut sangat nak tawar harga?

Istilah 'tawar' ini sangat menarik jika kita ingin 'menggoreng' kupasan makna tersirat disebalik perkataan ini.

Perkataan 'tawar' dalam kamus online Dewan Bahasa dan Pustaka terdapat beberapa makna:

  1. tidak ada rasa;
  2. tidak masin;
  3. tidak dpt menyembuhkan penyakit;
  4. tawar-tawaran: saling meminta supaya dikurangkan harga (sewa dsb) sesuatu
Indah sungguh bahasa kita. Perkataan yang selalu menyingkap rasa di lidah, boleh juga dipakai sebagai kiasan untuk "saling meminta supaya dikurangkan harga."

Jadi kalau kita boleh mengiaskan perkataan tawar dengan kemahuan untuk menurun harga, dan harga pula ialah selera masin kita;

kesimpulannya kalau makanan terlalu masin, kita kenalah tawarkan lagi.

Kalau tak cukup bahan untuk menawar, telan saja masin-masin.

Kalau tak suka masin, jangan telan.

Kan senang?

Jangan pula kita sebagai pengguna pula meminta sesuatu yang tiada manfaatnya kerana air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. ;)

Sebagai akhir kata mari kita menikmati resipi the Chef dari South Park "Bola-bola Ceklat Masin".

No comments: